Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNYA projek ini sampai ke penghujung dengan pencapaian objektif berikut:
1) Melatih 5 graduate intern
2) Mengadakan 12 siri bengkel VATA di seluruh Malaysia.
3) Melatih lebih 150 pensyarah kolej matrikulasi dan politeknik.
3) Menghasilkan lebih 40 video VATA pelbagai bidang.
Hasil video boleh di lihat di tab "Video VATA"
Semoga pemindahan ilmu ini menjadi benih yang subur dan berkembang lagi memanfaatkan rakyat Malaysia.
Terima kasih atas kerjasama semua.
VATA merupakan satu pendekatan alternatif untuk pengajaran amali sains dan kejuruteraan melalui video yang direka khas. Program Pemindahan Pengetahuan ini dilaksanakan melalui siri jelajah bengkel latihan pembinaan modul VATA kepada pendidik Institusi-institusi Pendidikan Kerajaan seluruh Negara. Projek ini dibiayai oleh Kementerian Pendidikan dibawah peruntukan Geran Knowledge Transfer Program (KTP) dengan kerjasama Jabatan Politeknik, Bahagian Matrikulasi dan PhyKIR UPSI.