Monday, November 25, 2013

Bengkel : Training of Trainers, Jabatan Pengajian Politeknik, Putrajaya

Bermula 1 November 2013, terjalin kerjasama di antara UPSI dan Jabatan Pengajian Politeknik.
Justeru itu, siri jelajah bengkel akan diteruskan di 10 buah Politeknik terpilih seluruh Malaysia. Untuk menyelaraskan program ini, bengkel Training of Trainers telah dirancang di Jabatan Pengajian Politeknik, Putrajaya melalui Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik (PPP).

9 wakil dari politeknik terpilih telah mengikuti sesi taklimat, hands-on berkaitan VATA ini pada 21 November 2013. Diharapkan satu koleksi P&P menggunakan VATA terhasil selepas selesai program ini untuk manfaat kepada pelajar dan pendidik.
Antara peserta yang hadir.

No comments:

Post a Comment